Sunday, 5 February 2017

EDUP 3033 MURID DAN PEMBELAJARAN (AMALI MEMBINA JAMBATAN MENGGUNAKAN STRAW)

Di IPG, mata pelajaran EDUP 3033 Murid dan Pembelajaran merupakan salah satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar semester dua. Saya amat suka subjek ini kerana semasa kuliah, pensyarah akan menggunakan pelbagai jenis teknik pengajaran yang sangat seronok. pada 23 Januari 2017 (Isnin), pensyarah saya telah membahagikan semua pelajar dalam empat kumpulan dan setiap kumpulan perlu membina satu jambatan dengan menggunakan straw dalam masa yang diperuntukan. Sebelum menjalankan aktiviti ini, saya dan ahli kumpulan saya telah membuat perbincangan dan menyediakan bahan- bahan yang diperlukan. Dengan ini, saya ingin mengkongsikan "Cara- cara Membina Jambatan Dengan Menggunakan Straw". Walaupun hasil saya tidak begitu cantik, tetapi saya amat menikmati proses dalam membina jambatan tersebut.

Bahan- bahan yang diperlukan:
  1. 30- 40 batang straw
  2. Gunting
  3. Tali
  4. Stapler
  5. Gum (Uhu glue)
  6. Mounting board
  7. Sellotape
Prosedur:
  1. Guntingkan 8 batang straw kepada 3 potongan kecil. 
      2. Menggunakan 3 batang potongan straw untuk membentuk satu segi tiga. Menyediakan lapan segi tiga.

      3. Gabungkan empat segi tiga dengan menggunakan sellotape untuk membina tiang sokongan bahagian tepi jambatan.
      4. Ulang prosedur 3.
     5. Lilitkan tiang sokongan bahagian tepi jambatan dengan menggunakan tali supaya ia lebih kukuh.
     6. Guntingkan 12 batang straw kepada dua untuk membina tapak jambatan. Susunkan semua straw potongan tersebut dalam satu barisan dan lekatkannya dengan menggunakan sellotape. Ikatkan tapak jambatan dengan menggunakan tali supaya ia lebih kukuh.
     7. Membuat dua tebing untuk perletakan tiang dan tapak jambatan.
     9. Tetapkan tapak jambatan dan tiang sokongan bahagian tepi jambatan dengan menggunakan sellotape dan gum.


Ini merupakan hasil saya dan ahli kumpulan saya. Jambatan ini diberi nama "Rainbow Bridge" dengan harapan setiap orang dapat berusaha dalam perjalanan mencapai impian masing- masing.
Akhir kata, saya berasa sangat seronok semasa menjalankan aktiviti ini. Jika anda berminat, cubalah membina jambatan dengan kreativiti anda.